OtakBelajar
Selamat datang ke OtakBelajar. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma berikut.
OtakBelajar dimiliki oleh ALISABAH (perniagaan berlesen di Sabah), Kota Kinabalu, Sabah. Kami menyediakan platform AI tutor untuk pelajar Malaysia, dengan Cikgu Ali sebagai persona AI yang melayani pengguna 24/7.
Pembayaran melalui Billplz (FPX Malaysia). Boleh batal langganan bila-bila masa.
OtakToken adalah skor kemajuan sahaja — ia menunjukkan sejauh mana kamu konsisten belajar, dengan bonus untuk setiap hari aktif (streak). Ia bertujuan memberi motivasi, bukan ganjaran.
OtakToken tiada nilai wang dan tidak boleh ditebus. Ia tidak boleh ditukar dengan hadiah fizikal, mesej tambahan, wang tunai, diskaun, atau apa-apa barangan. Kami tidak menawarkan sebarang program hadiah — termasuk telefon, laptop, atau cabutan bertuah. Skor ini juga tidak mempengaruhi had mesej plan kamu.
Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA Malaysia) dan pindaan 2024/2025. Pangkalan data anda disimpan di pelayan Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk menjana jawapan, kandungan soalan anda diproses oleh model AI yang dihoskan di luar Malaysia (melalui OpenRouter) — ini adalah pemindahan rentas sempadan di bawah Seksyen 129 PDPA, yang anda (atau ibu bapa anda, bagi pelajar bawah 18 tahun) persetujui semasa mendaftar. Sila baca Notis Privasi penuh kami (Bahasa Melayu dan English).
Sistem kami akan mengesan aktiviti yang mencurigakan termasuk: perkongsian akaun, bot/automasi, percubaan menipu OtakToken. Akaun yang melanggar akan digantung tanpa refund.
Pertandingan AI ditangguhkan buat masa ini. Sebarang pertandingan pada masa hadapan akan diumumkan melalui email dan Telegram @AiSabah_bot. Sabah 🏴 & Sarawak 🦅 akan mendapat keutamaan apabila pertandingan diaktifkan semula.
OtakBelajar adalah alat bantuan pembelajaran. Kami tidak menggantikan guru manusia atau profesional kesihatan mental. Untuk isu emosi serius, sila berjumpa kaunselor sekolah atau ibu bapa. Cikgu Ali akan menggalakkan anda mencari bantuan profesional jika perlu.
Kami berhak mengemas kini terma ini. Perubahan akan dimaklumkan melalui email. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermakna anda menerima terma baru.
Untuk pertanyaan PDPA atau aduan:
Email: alisabahonline@gmail.com
Telefon / WhatsApp: +601151111168
Telegram: @AiSabah_bot
Alamat: ALISABAH, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia